Sunday 17 January 2016

Bab 8 - Irfan

Bab 8

                Angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa tubuh Najwa menyebabkan dia terjerit kecil. Sengaja sebenarnya, melepaskan rasa tidak menentu yang hadir di dalam sanubarinya. Sejak akhir-akhir ini, wajah Ikmal akan menyapanya walau di mana sekalipun. Dan, waktu cuti sekolah macam ni pun lelaki itu masih ada dalam bayangannya. Seperti tidak mahu berpisah daripada dirinya. Apa yang paling dia benci ialah apabila wajah itu hadir tatkala dia ingin mandi ataupun melepaskan hajat. Dia terasa tidak selesa kerana merasakan lelaki itu ada bersamanya walaupun di kawasan-kawasan larangan seperti itu. Ikmal yang tersenyum, Ikmal yang tertawa, Ikmal yang....

                "Argghhhh!!!"

                Najwa menjerit lagi. Lebih nyaring daripada tadi. Tiba-tiba, ada satu tangan yang menepuk bahunya dari arah belakang. Najwa berpaling. Wajah yang menyapa ruangan mata ditenung sambil dia menghadiahkan seulas senyuman ikhlas yang datang daripada hati.

                Irfan memandang wajah adiknya yang seorang itu dengan kerutan di dahi. Akalnya cuba mencerna sesuatu. Apa pasal budak kecil ni menjerit tadi? Dah lah suara jeritan tu tak tinggi mana pun. Lembu Pak Atan kat depan tu pun elok je meragut rumput dengan selambanya. Apa hallah dengan budak ni?

                "Kenapa tenung Najwa macam itu?"

                Aik?! Skema siot soalan adik aku yang seorang ni. Apa pasallah? Eh, macam dah tiga kali je tanya soalan yang sama. Irfan sempat mengira bilangan soalan itu yang telah beberapa kali hadir di dalam benaknya. Dia melihat lagi gelagat adiknya. Kejap-kejap, memukul air di dalam kali. Lepas itu, menggunakan kayu yang sama, menebas rumput kat tepi kali tu. Hai, macam tak ada kerja sekolah yang patut disiapkan je. Buat amal pula tu..

                "Kenapa dengan awak tu? Macam mati laki aje..."

                Tersedak Najwa apabila mendengar soalan yang keluar daripada mulut abangnya itu. Tangannya turut terhenti daripada menebas rumput-rumput panjang di sekelilingnya. Ni kalau ada ular yang menyusur ni sah maut aku, getus hatinya. Mati laki? Ye ke? Kalau macam tu, Ikmal tu laki aku agaknya? Eh, apa yang aku merepek ni?


                Melihatkan Najwa yang diam macam patung cendana tu, Irfan mula membuat spekulasi sendiri. Gagal exam ke budak ni? Gaduh dengan kawan ke? Ke...ke?? Takkanlah...

Bab 7 - Kata - Kata

Bab 7

                                                               
                Najwa sudah tidak mampu menumpukan hati dan mindanya kepada pengajaran Teacher Rahayu. Mindanya menggamit memori tentang kejadian pada pagi tadi. Malunya aku! Mana nak letak muka aku yang comel ni? Ala, ruginya ada muka comel tapi tak boleh tunjuk kat orang. Macam mana ni?

                "Hei, Najwa! Muka kau tu bukan buat tayang kat oranglah. Muka kau tu kan hak suami kau. Siapa pun bakal suami kau satu hari nanti, dia sahaja yang ada hak itu dekat kau. Takkan itu pun aku nak ajar? Hisy, kau ni buat aku bengang je tau, Wa!"

                Terkejut bukan kepalang Najwa apabila Atia menegur dirinya sebegitu rupa. Kuat sangat ke aku cakap tadi tu? Dia memalingkan wajahnya ke arah wajah Atia yang setia merenungkan tanpa berkelip. Rona wajahnya seakan menghantar satu pertanyaan, 'Tadi tu bukan aku cakap dalam hati ke?'

                Najwa melihat Atia menggeleng-gelengkan kepalanya. Darah merahnya terasa seperti menyerbu naik ke wajahnya. Oh My God! Dengan rasa tidak puas hati, Najwa berpaling ke belakang. Melihat wajah-wajah rakan sekelasnya. Turut bertanyakan soalan yang sama melalui renungan mata. Mereka semua menggelengkan kepala. Najwa terasa seperti ingin menangis. TIDAKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!

                Najwa melangkah lesu ke arah lelaki itu yang sedang merenung dirinya. Najwa menelan air liurnya. Berpasir. Itulah yang dirasakannya apabila melihat mata lelaki itu masih memandangnya tanpa berkelip. Hisy, mata tu aku jolok nanti baru nak insaf dari tenung anak dara orang ni. Aku marah ni... Kelihatan lelaki itu masih merenungnya dan kemudian tersenyum. Senyum pula.

                Akhirnya, Najwa melangkah malas meninggalkan lelaki itu yang sudah terpinga-pinga. Marahkah? Persoalan itu terbit di benak Ikmal. Sepantas kilat dia berlari mengejar langkah gadis itu.

                "Kaki sakit pun ada hati nak jalan laju. Slow sikitlah, Wa."

                Dalam rayu, ada sindiran yang ditujukan buat Najwa. Najwa berpaling ke sisinya. Matanya sengaja dijegilkan. Menunjukkan rasa marahnya yang meluap-luap di dalam hatinya. Dia bukan sengaja ingin memarahi lelaki itu namun hari ini dia terlalu tertekan. Paginya dahlah bangun lewat, ditambah dengan lawak bodoh Ikmal yang ingin mendukungnya sampailah dia sendiri memalukan diri di kelas apabila dengan selamba dia memuji dirinya ini comel. Tapi, aku ni memang comel pun. Apa aku kisah?

                Dan, sebenarnya satu sahaja yang ingin dia dengar daripada mulut lelaki itu, kemaafan. Atas keterlanjuran kata lelaki itu pagi tadi yang sedikit sebanyak menyalakan api ketakutan dan kebencian di dalam dirinya. Cukup dengan kata-kata maaf itu akan mengembalikan semula kepercayaannya terhadap lelaki itu setelah kepercayaan yang utuh itu seakan hampir mati tadi apabila lelaki itu mengatakan sesuatu yang menakutkannya.

                "I didn't mean to hurt you, Wa..."

                Ikmal berkata-kata seraya berdiri di hadapan Najwa. Mematikan langkah kaki gadis itu. Najwa merenung wajah Ikmal. Sengaja menambahkan gelisah di hati lelaki itu. Ingin tergelak juga melihat wajah lelaki itu yang kusut. Padan muka! Siapa yang suruh kau cakap macam tu kat aku?

                "Takkanlah sebab tu je awak nak marah saya sampai setahun tak nak bercakap. Bisu terus baru tahu.."

                Hisy, mamat ni kan kena hempuk juga dengan aku. Aku baru nak berbaik dengan dia ni tapi lepas tu cari pasal lagi dengan aku. Padahal belum sampai satu minit dia minta maaf dengan aku, dia buat hal lagi. Memang sengaja je nak buat aku marah tau dia ni, gerutu Najwa di dalam hati kecilnya.

                "Saya kisah what?"

                Najwa berkata-kata dengan angkuhnya. Sengaja menjongketkan sedikit dirinya yang sememangnya memang pendek itu ke arah Ikmal, menunjukkan rasa angkuhnya terhadap kata-katanya. Namun, tingkahnya yang comel itu sekadar mengundang getar dan debar di dalam hati Ikmal. Jarak yang ada memang sedikit kerana dipisahkan hanya dengan kepala Ikmal yang masih tegak memandang ke hadapan. Tanpa sedar, Ikmal menguntum senyum. 

                "Awak tahu tak, kalau saya tunduk ni confirm ter'cium' awak..."
               

                Ringkas tapi kata-kata itu seperti petir yang keras menyambar tubuh Najwa. Serta merta wajahnya merona merah. Dia mengutuk perbuatannya tadi. Ingat tengah berlakon drama Korea ke? Dengan wajah selamba, Najwa menghayun langkahnya jauh daripada Ikmal dan akhirnya dia mencicit lari meninggalkan Ikmal yang sedang ketawa terbahak-bahak. Hahaha...takut!!

Bab 6 - Seorang Ikmal

Bab 6

                Najwa melangkah lesu ke kelasnya. Seketika terdengar dia mengeluh. Halus namun begitu dalam bunyinya. Wajahnya yang sedari tadi tunduk diangkat. Dia melihat sekeliling. Senyap saja bangunan akademik ni. Takkan Sir cancel pula kelas pagi ni? Ni yang buat aku geram ni. Dahlah pagi tadi aku bangun lewat gara-gara Ila tak kejut aku. Terpaksalah aku mandi kerbau pagi tadi. Ni badan pun dah tak bau manusia dah ni. Aduss! Busuknya aku ni!

                Ila tu pun satu. Takkanlah sebab aku lambat join dia baca Manzil  tadi malam dia nak sagat aku macam ni? Sampai tak nak kejut aku bangun pagi. Tahulah dia punya bacaan tu tajwid main langgar je. Hisy, jahatnya aku cakap macam tu. Macamlah aku baca tu betul sangat. Tapi, tak patutlah apa yang dia buat kat aku. Dia tu macam tak tahu saja  kalau seorang daripada ahli bilik tu tak bangun, satu bilik habis kena denda. Hisy, patutnya aku tidur mati je pagi tadi. Biar Atia, Nurul dengan Ila tu sekali kena denda dengan aku. Baru padan muka!

                Dia menundukkan semula wajahnya. Keruh sahaja wajah itu. Macam baru mati laki je. Huh!  Terdengar lagi suara keluhan keluar daripada bibirnya. Dia mempercepatkan langkahnya. Bagai baru teringat yang dia mempunyai kelas Matematik Tambahan pagi ni. Kan tak pasal-pasal aku nak sembur si Ila tu, aku yang kena sembur dengan Sir. Teringat dia wajah bengis Sir Zaim.

                 Menjadi satu kebiasaan di MRSM ini untuk memanggil Sir Zaim itu dengan panggilan Sir walaupun mereka tahu hakikat sebenar panggilan itu hanya boleh digunakan kepada mereka yang dianugerahkan gelaran tersebut daripada Queen of England, Ratu Elizabeth yang terkenal  itu. Ah, buat apalah aku fikir pasal Sir Zaim ni! Buat pening kepala je.

                Aduh! Habis berkecai lamunannya apabila kepalanya terhantuk dengan sesuatu yang keras. Kerana hantukan itu yang taklah kuat mana pun, Najwa jatuh terjelepok ke lantai. Ah, kacau! Pantas Najwa mengangkat wajahnya. Dia pasti dia tidak melanggar tiang atau dinding tadi kerana kepalanya tidak pula bersepai. Hisy, macam mendoakan diri sendiri saja kau ni, Najwa. Hatinya sempat lagi bermonolog.

                "Hah, beranganlah tu. Macam manalah awak boleh langgar saya ni, Wa?"

                Terkedu Najwa seketika apabila mendengar suara lelaki itu yang terlampau dekat dengan dirinya. Pantas, dia menjarakkan sedikit wajahnya daripada lelaki itu. Ikmal yang duduk mencangkung di hadapan gadis itu yang perasan akan riak Najwa yang mula berubah itu tersenyum. Macam berbahang je perempuan ni, bisik hatinya.

                "See, you look red again, Wa. Shy, ha? Ke, kaki tu sakit dah tak boleh bangun. Kalau betul  tak boleh, sini saya tolong dukungkan sampai kelas."

                Usai mendengar kata-kata lelaki itu, Najwa seperti hendak melompat. Apa tidaknya, terkejut beruk dia mendengar tawaran lelaki itu. Kalau nak jadi baik hati pun, tak payahlah sampai 'sebaik' ini. Hatinya mendongkol marah. Ingin sahaja dia menyumpah seranah lelaki itu kerana meremangkan bulu tengkuknya dan segala macam bulu yang ada di tubuhnya. Rambutnya juga serasa sudah berdiri tegak sahaja seperti terkena renjatan elektrik sahaja gamaknya.

                "Pervert..."


                Ikmal sekadar tersenyum mendengar gadis itu menggelarkan dirinya sehina itu. Dia tidak terasa malah merasakan dia memang bersalah. Terlampau berlebihan usikannya terhadap gadis itu sebentar tadi. Pasti kata-katanya tadi telah menghantar getar yang hebat bermukim di hati gadis itu. Dia hanya memandang langkah gadis itu yang semakin hilang daripada pandangan matanya. Setelah pasti getaran yang hadir di hatinya yang dirasakan tadi telah pun reda, dia bangun daripada duduknya dan cuba menyaingi langkah kaki gadis itu yang semakin menjauh.

Bab 5 - Seorang Najwa

Bab 5
                                                                                .
                Najwa baru ingin melangkah ke bangunan asramanya apabila terdengar ada suara yang berteriak memanggilnya. Hai, siapa pula yang buat test vokal tu lantang ke tidak guna nama aku ni?! Dia menoleh ke belakang. Terkedu dia seketika. Ada tiga orang perempuan dengan muka yang tak berapa nak baik tu sedang bergerak laju ke arahnya. Apahal pulak ni? Dia bertanya kepada dirinya. Aku ada buat salah ke?

                "Wa, kirimkan salam aku kat Ikmal, boleh? Kau kawan baik dia kan?"

                Huh! Ingat apalah tadi. Najwa cuba memaniskan romannya yang memang ketara terkejut beruk tadi. Diaorang tadi datang kat aku macam nak telan aku. Memanglah gerun juga hati ini. Macam  nak bermadah pula aku ni. Najwa ketawa geli hati di dalam hatinya.

                "Boleh je. Nanti aku beritahu dia. Ain seorang je ke, ke korang bertiga sekali ni?"

                Eh, sedapnya mulut ni bercakap. Suka-suka saja menawarkan khidmat pesanan ringkas yang percuma ni. Macam dah tak ada kerja lain je kau ni, Najwa. Suara hatinya berkata-kata. Itulah, senangnya berkata-kata. Kan ada pepatah yang berbunyi begini, kerana mulut badan binasa. Macam dah tak sayang body je, Najwa?

                "Emm, bolehlah. Aku pun kirim salam juga. Kau ingat tau sebut nama aku, Syud. Ingat tau!"
                "Aku nak juga. Aku sekali Wa, Alia. Alia tau, Alia!"
                "Wei, korang ni. Aku seorang je dah lah. Takkan korang nak sapu juga? Mana aci macam ni!"


                Najwa tersenyum simpul. Ada-ada sahaja budak perempuan bertiga ini. Setelah pasti mereka bertiga sudah tiada apa-apa lagi untuk dibualkan atau disampaikan kepadanya, Najwa berpaling ke hadapan semula. Dia ingin melangkah pantas ke bangunan asramanya. Takut tertinggal bacaan Manzil yang memang menjadi rutin seharian pelajar puteri di MRSM Batu Pahat. Hari ini aku yang conduct Manzil tu dengan Ila. Kan tak pasal-pasal Ila tu maki hamun aku dengan mulut dia yang pedas berapi tu. Tak sanggup aku nak dengar, getus hatinya. Terbayang-bayang wajah roomatenya yang terkenal garang itu. Seram...

Bab 4- You really look funny when you're red, my dear

Bab 4
                                                                               

                "Awak tak perlulah layan saya macam tuan puteri. Susah nanti kalau saya dah terbiasa tau."

                Sejak sebulan yang lalu, Najwa terasa tidak selesa apabila bersama lelaki itu. Setiap hari pada waktu balik ke asrama pada pukul 1.50 petang, pasti kelibat lelaki itu akan menunggunya di suatu sudut di tepi kelasnya. Pada waktu kelas persediaan malam atau prep malam juga, lelaki itu pasti akan menunggunya dengan senyuman yang tidak pernah lekang menghiasi wajahnya. Silap hari bulan, Najwa takut dia akan terkena panahan mata atau senyuman sang arjuna. Dia ni tak tahu ke yang dia tu handsome?
               
                "Baguslah kalau awak terbiasa. Saya memang nak awak terbiasa dengan saya, supaya..."
                "Supaya apa?"
                "Supaya awak taklah macam cacing kepanasan bila ada dengan saya. Macam sekarang ni. You look funny when you're red. Don't you know it, Najwa?"

                Najwa terasa seperti hendak mencubit lengan atau menempeleng kepala lelaki itu. Bila masa pula aku macam cacing kepanasan? Okey, mungkin betul sebab orang-orang sekeliling kita dah bercakap macam-macam pasal kita. Don't you know it? Geramnya! Najwa terasa nak membaling buku rujukan Chemistry yang erat dalam genggaman tangannya. Sekilas, dia menoleh ke arah lelaki itu. Tenangnya muka dia! Entah-entah, khabar angin yang entah apa-apa je tu yang selama ini aku dengar, dia tak pernah dengar pun. Diaorang ni semua sengaja je nak musnahkan hubungan persahabatan antara kitaorang dan pastinya dimulakan dengan aku. Kenapa? Sebab aku ni memang senang terpengaruh orangnya. Nantilah korang!

                "Muka tu apa pasal macam nak telan orang je? Awak marahkan siapa ni, hmm?"

                Nampak sangat ke? Najwa sempat memegang wajahnya. Entah-entah, muka aku ni kalau orang tengok dah macam muka Shrek tu tak? Mesti ngeri. Eh, tak adalah. Shrek tu kan comel je aku tengok. Kalau tak comel, macam mana Fiona atau Princess Fiona boleh tangkap lentok dengan Shrek tu sampai macam nak berperang dengan mak ayah dia pun ada. Eh, yang aku pergi bercerita pasal Shrek and Fiona ni apasal? Ingat ni bedtime story ke? But, wait! What if this prince charming, i mean Ikmal, he fall for me sebab muka Shrekie aku ni? Najwa sempat menoleh ke arah lelaki itu.

                "Look, you're talking to yourself again, Najwa..."
                "Apa?! Habis tu, awak dengarlah apa yang saya cakap tadi tu?"
                "Mestilah.."
               
                Mati aku! Mana aku nak campak muka aku yang comel ni? Ikmal, aku tak maksudkan apa yang aku cakap tadilah. Aku main-main je kot. Don't take it too serious  lah. Dan, malam itu Najwa terasa macam nak buat pembedahan plastik tukar muka dia jadi muka Shrek tu. At least, tak adalah dia bengang sangat kalau nak berhadapan dengan mamat ni. Tengok tu, ada ke dia boleh ketawakan aku?


                "You really look funny when you're red, my dear."

Bab 3 - Sentiasa Ada

Bab 3
                                                                                               

                "Siapa mamat tu?"
                "Mamat mana?"
                "Ala, tu..."

                Najwa menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh muncung Atia. Panjang betul muncung tu. Macam penyangkut baju. Eh, awak! Apa yang awak buat kat situ? Dari jauh kelihatan lelaki itu sedang berdiri, bersandar di dinding seperti sedang menunggu seseorang. Seperti terasa ada orang yang memerhati dirinya, lelaki itu terus memandang ke arah Najwa dan mata mereka bersabung. Najwa tersenyum.

                "Ikmal."

                Najwa mengangkat punggung daripada duduknya dan bergerak ke arah lelaki itu. Ikmal tersenyum ke arah Najwa yang sedang menuju ke arahnya. Wajahnya kelihatan sangat ceria. Najwa sempat mengerutkan dahinya melihat ekspresi wajah lelaki itu.

                "Kenapa dahi  tu berkerut,hmm?"

                Najwa terus memegang dahinya. Nampak sangat ke aku mengerutkan dahi tadi? Hatinya berkata-kata. Namun, Najwa tidak terus menjawab pertanyaan lelaki itu. Dia inginkan penjelasan yang ringkas dan padat daripada lelaki itu.

                "Awak tak nak balik ke? Dah pukul 2 ni."

                Najwa menepuk dahinya. Kerana terlalu asyik menyiapkan kerja kursus yang tertangguh, dia tidak terperasankan masa telah terlalu jauh meninggalkan dirinya. Tapi, sekejap. Apa kena-mengena dia balik atau tidak dengan lelaki itu? Najwa musykil. Dia memandang lelaki itu pelik.

                "Janganlah pandang saya macam tu. Saya ni nak ajak awak balik sama saya lah."    


Bab 2 - Janji

"Oh...."

                Hanya itu yang dapat dilafazkan Najwa tatkala lelaki itu habis bercerita. Rupa-rupanya, lelaki itu telah terkutip kad namanya yang dia sendiri telah tercicirkan tadi apabila hendak menaiki tangga menuju ke aras 2 blok akademik itu. Dan, dia sebenarnya tidak terperasankan lelaki itu yang berdiri di sebalik dinding tempat dia berdiri. Kata lelaki itu, dia malu untuk menegur. Takut tersalah orang. Rasa geram mula menyelinap masuk ke dalam hati Najwa. Disebabkan rasa 'takut' dan 'segan' lelaki itu, tidak pasal-pasal Najwa shooting filem seram kat situ tadi.

                Dan disebabkan rasa takut yang teramat sangat, dia tidak sempat untuk berfikir secara logik bahawa lelaki itu bukan tidak berkepala, tetapi lelaki itu berdiri setinggi 2 kaki dari dirinya. Wow, lelaki itu sangat tinggi! Setinggi 6 kaki. Dan, dia memang tidak sempat untuk mendongak melihat betapa tingginya lelaki itu akibat rasa takut yang menjalar di dalam tubuhnya.

                "So, boleh awak tunjukkan saya jalan nak pergi bayar semua yuran ni? Saya kan freshie kat sini."

                Siapa kata? Najwa terasa dialah freshie apabila dia rasa takut yang teramat terhadap sekolahnya yang dah empat tahun dia kenal itu. Ini semua ayah punya pasal. Siapa suruh ceritakan semua kisah-kisah mistik di MRSM Batu Pahat ini? Tak pasal-pasal dia buat malu kat situ tadi. Habis jatuh keayuannya di hadapan lelaki itu.

                "Boleh, janji awak tak ceritakan apa-apa yang berlaku tadi kat orang lain. It's only between me and you. Got it?"
                "Haha, yes ma'am!"

                Tangan lelaki itu diangkat tanda tabik hormat kepada Najwa. Najwa tersenyum. Lelaki itu dan dia akhirnya berjalan ke arah kelas 4 Begonia untuk melunaskan bayaran yuran awal persekolahan.