Bab 1
"Awak!"
Najwa berpaling. Siapa yang
memanggilku tadi? Setelah pasti dia tersalah dengar, Najwa terus menghayunkan
kakinya untuk menuju ke kaunter pembayaran yuran awal persekolahan. Dia tidak
mahu terlewat untuk membuat pembayaran kerana kalau dia lambat, pasti ayahnya
akan mengamuk sakan. Biasalah, orang seperti ayahnya itu adalah orang yang sangat-sangat
mementingkan masa. Almaklumlah, Pengetua MRSM Gemencheh tu memang terkenal
dengan perangai buasnya. Oppss, bukan buas tapi garang dan tegas sebenarnya.
"Awak!"
Dia menoleh lagi. Hisy, suara tu
panggil siapa sebenarnya? Aku ke? Najwa menoleh ke sekeliling. Dia tidak
melihat sesiapa di kawasan aras 2 blok akademik MRSM Batu Pahat itu. Hantukah?
Bulu romanya mula menegak seperti kena kejutan elektrik sahaja gamaknya. Baik
aku blah cepat-cepat..
"Cik Najwa.."
Alamak! Dia tahu nama aku! Najwa
semakin takut. Kalau tidak kerana ayahnya ada bercerita tentang kisah mistik di
MRSM ini, taklah dia akan ketakutan seperti itu. Ni mesti bala sebab kutuk ayah
tadi. Ayah, ampunkan Najwa!
Dengan separuh kekuatan, Najwa
berpaling ke belakang. Dia ingin melihat benda yang memanggil namanya. Berani
betullah kau ni, Najwa. Tiba-tiba, dia teringat kempen filem 'Jangan Pandang
Belakang'. Tapi, Najwa sudah terlambat. Di hadapannya kini, berdiri 'seekor
hantu' berkemeja belang merah putih tanpa kepala. Mana kepala dia?!
Tanpa sedar, Najwa melepaskan
satu jeritan nyaring yang kalau orang dengar, memang guarantee lah jadi pekak seumur
hidup. Tapi, tak apalah kot kalau hantu yang dengar, mesti tak effect punya.
Najwa sempat berfikir perkara begitu. Kerana sepenuh kekuatannya telah
digunakan untuk menjerit tadi, tubuhnya terjelepok ke lantai simen itu. Aduh,
sakitnya! Najwa sempat mengaduh.
"Awak tak apa-apa?"
Sepantas kilat, Najwa mengangkat
wajahnya. OMG! Bidadarakah ini? Najwa seperti terbisu sebentar. Melihat rona
lelaki itu yang begitu dekat dengannya, jantungnya berdegup laju bagai mahu
tercabut daripada tangkainya.
No comments:
Post a Comment