Bab 7
Najwa sudah tidak mampu
menumpukan hati dan mindanya kepada pengajaran Teacher Rahayu. Mindanya
menggamit memori tentang kejadian pada pagi tadi. Malunya aku! Mana nak letak
muka aku yang comel ni? Ala, ruginya ada muka comel tapi tak boleh tunjuk kat
orang. Macam mana ni?
"Hei, Najwa! Muka kau tu
bukan buat tayang kat oranglah. Muka kau tu kan hak suami kau. Siapa pun bakal
suami kau satu hari nanti, dia sahaja yang ada hak itu dekat kau. Takkan itu
pun aku nak ajar? Hisy, kau ni buat aku bengang je tau, Wa!"
Terkejut bukan kepalang Najwa apabila
Atia menegur dirinya sebegitu rupa. Kuat sangat ke aku cakap tadi tu? Dia
memalingkan wajahnya ke arah wajah Atia yang setia merenungkan tanpa berkelip.
Rona wajahnya seakan menghantar satu pertanyaan, 'Tadi tu bukan aku cakap dalam
hati ke?'
Najwa melihat Atia
menggeleng-gelengkan kepalanya. Darah merahnya terasa seperti menyerbu naik ke
wajahnya. Oh My God! Dengan rasa tidak puas hati, Najwa berpaling ke belakang.
Melihat wajah-wajah rakan sekelasnya. Turut bertanyakan soalan yang sama
melalui renungan mata. Mereka semua menggelengkan kepala. Najwa terasa seperti
ingin menangis. TIDAKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!
Najwa melangkah lesu ke arah
lelaki itu yang sedang merenung dirinya. Najwa menelan air liurnya. Berpasir.
Itulah yang dirasakannya apabila melihat mata lelaki itu masih memandangnya
tanpa berkelip. Hisy, mata tu aku jolok nanti baru nak insaf dari tenung anak
dara orang ni. Aku marah ni... Kelihatan lelaki itu masih merenungnya dan
kemudian tersenyum. Senyum pula.
Akhirnya, Najwa melangkah malas
meninggalkan lelaki itu yang sudah terpinga-pinga. Marahkah? Persoalan itu
terbit di benak Ikmal. Sepantas kilat dia berlari mengejar langkah gadis itu.
"Kaki sakit pun ada hati
nak jalan laju. Slow sikitlah, Wa."
Dalam rayu, ada sindiran yang
ditujukan buat Najwa. Najwa berpaling ke sisinya. Matanya sengaja dijegilkan.
Menunjukkan rasa marahnya yang meluap-luap di dalam hatinya. Dia bukan sengaja
ingin memarahi lelaki itu namun hari ini dia terlalu tertekan. Paginya dahlah
bangun lewat, ditambah dengan lawak bodoh Ikmal yang ingin mendukungnya
sampailah dia sendiri memalukan diri di kelas apabila dengan selamba dia memuji
dirinya ini comel. Tapi, aku ni memang comel pun. Apa aku kisah?
Dan, sebenarnya satu sahaja yang
ingin dia dengar daripada mulut lelaki itu, kemaafan. Atas keterlanjuran kata
lelaki itu pagi tadi yang sedikit sebanyak menyalakan api ketakutan dan
kebencian di dalam dirinya. Cukup dengan kata-kata maaf itu akan mengembalikan
semula kepercayaannya terhadap lelaki itu setelah kepercayaan yang utuh itu
seakan hampir mati tadi apabila lelaki itu mengatakan sesuatu yang
menakutkannya.
"I didn't mean to hurt you,
Wa..."
Ikmal berkata-kata seraya
berdiri di hadapan Najwa. Mematikan langkah kaki gadis itu. Najwa merenung
wajah Ikmal. Sengaja menambahkan gelisah di hati lelaki itu. Ingin tergelak
juga melihat wajah lelaki itu yang kusut. Padan muka! Siapa yang suruh kau
cakap macam tu kat aku?
"Takkanlah sebab tu je awak
nak marah saya sampai setahun tak nak bercakap. Bisu terus baru tahu.."
Hisy, mamat ni kan kena hempuk
juga dengan aku. Aku baru nak berbaik dengan dia ni tapi lepas tu cari pasal
lagi dengan aku. Padahal belum sampai satu minit dia minta maaf dengan aku, dia
buat hal lagi. Memang sengaja je nak buat aku marah tau dia ni, gerutu Najwa di
dalam hati kecilnya.
"Saya kisah what?"
Najwa berkata-kata dengan
angkuhnya. Sengaja menjongketkan sedikit dirinya yang sememangnya memang pendek
itu ke arah Ikmal, menunjukkan rasa angkuhnya terhadap kata-katanya. Namun,
tingkahnya yang comel itu sekadar mengundang getar dan debar di dalam hati
Ikmal. Jarak yang ada memang sedikit kerana dipisahkan hanya dengan kepala
Ikmal yang masih tegak memandang ke hadapan. Tanpa sedar, Ikmal menguntum
senyum.
"Awak tahu tak, kalau saya
tunduk ni confirm ter'cium' awak..."
Ringkas tapi kata-kata itu
seperti petir yang keras menyambar tubuh Najwa. Serta merta wajahnya merona
merah. Dia mengutuk perbuatannya tadi. Ingat tengah berlakon drama Korea ke?
Dengan wajah selamba, Najwa menghayun langkahnya jauh daripada Ikmal dan
akhirnya dia mencicit lari meninggalkan Ikmal yang sedang ketawa
terbahak-bahak. Hahaha...takut!!
No comments:
Post a Comment