Sunday, 17 January 2016

Bab 6 - Seorang Ikmal

Bab 6

                Najwa melangkah lesu ke kelasnya. Seketika terdengar dia mengeluh. Halus namun begitu dalam bunyinya. Wajahnya yang sedari tadi tunduk diangkat. Dia melihat sekeliling. Senyap saja bangunan akademik ni. Takkan Sir cancel pula kelas pagi ni? Ni yang buat aku geram ni. Dahlah pagi tadi aku bangun lewat gara-gara Ila tak kejut aku. Terpaksalah aku mandi kerbau pagi tadi. Ni badan pun dah tak bau manusia dah ni. Aduss! Busuknya aku ni!

                Ila tu pun satu. Takkanlah sebab aku lambat join dia baca Manzil  tadi malam dia nak sagat aku macam ni? Sampai tak nak kejut aku bangun pagi. Tahulah dia punya bacaan tu tajwid main langgar je. Hisy, jahatnya aku cakap macam tu. Macamlah aku baca tu betul sangat. Tapi, tak patutlah apa yang dia buat kat aku. Dia tu macam tak tahu saja  kalau seorang daripada ahli bilik tu tak bangun, satu bilik habis kena denda. Hisy, patutnya aku tidur mati je pagi tadi. Biar Atia, Nurul dengan Ila tu sekali kena denda dengan aku. Baru padan muka!

                Dia menundukkan semula wajahnya. Keruh sahaja wajah itu. Macam baru mati laki je. Huh!  Terdengar lagi suara keluhan keluar daripada bibirnya. Dia mempercepatkan langkahnya. Bagai baru teringat yang dia mempunyai kelas Matematik Tambahan pagi ni. Kan tak pasal-pasal aku nak sembur si Ila tu, aku yang kena sembur dengan Sir. Teringat dia wajah bengis Sir Zaim.

                 Menjadi satu kebiasaan di MRSM ini untuk memanggil Sir Zaim itu dengan panggilan Sir walaupun mereka tahu hakikat sebenar panggilan itu hanya boleh digunakan kepada mereka yang dianugerahkan gelaran tersebut daripada Queen of England, Ratu Elizabeth yang terkenal  itu. Ah, buat apalah aku fikir pasal Sir Zaim ni! Buat pening kepala je.

                Aduh! Habis berkecai lamunannya apabila kepalanya terhantuk dengan sesuatu yang keras. Kerana hantukan itu yang taklah kuat mana pun, Najwa jatuh terjelepok ke lantai. Ah, kacau! Pantas Najwa mengangkat wajahnya. Dia pasti dia tidak melanggar tiang atau dinding tadi kerana kepalanya tidak pula bersepai. Hisy, macam mendoakan diri sendiri saja kau ni, Najwa. Hatinya sempat lagi bermonolog.

                "Hah, beranganlah tu. Macam manalah awak boleh langgar saya ni, Wa?"

                Terkedu Najwa seketika apabila mendengar suara lelaki itu yang terlampau dekat dengan dirinya. Pantas, dia menjarakkan sedikit wajahnya daripada lelaki itu. Ikmal yang duduk mencangkung di hadapan gadis itu yang perasan akan riak Najwa yang mula berubah itu tersenyum. Macam berbahang je perempuan ni, bisik hatinya.

                "See, you look red again, Wa. Shy, ha? Ke, kaki tu sakit dah tak boleh bangun. Kalau betul  tak boleh, sini saya tolong dukungkan sampai kelas."

                Usai mendengar kata-kata lelaki itu, Najwa seperti hendak melompat. Apa tidaknya, terkejut beruk dia mendengar tawaran lelaki itu. Kalau nak jadi baik hati pun, tak payahlah sampai 'sebaik' ini. Hatinya mendongkol marah. Ingin sahaja dia menyumpah seranah lelaki itu kerana meremangkan bulu tengkuknya dan segala macam bulu yang ada di tubuhnya. Rambutnya juga serasa sudah berdiri tegak sahaja seperti terkena renjatan elektrik sahaja gamaknya.

                "Pervert..."


                Ikmal sekadar tersenyum mendengar gadis itu menggelarkan dirinya sehina itu. Dia tidak terasa malah merasakan dia memang bersalah. Terlampau berlebihan usikannya terhadap gadis itu sebentar tadi. Pasti kata-katanya tadi telah menghantar getar yang hebat bermukim di hati gadis itu. Dia hanya memandang langkah gadis itu yang semakin hilang daripada pandangan matanya. Setelah pasti getaran yang hadir di hatinya yang dirasakan tadi telah pun reda, dia bangun daripada duduknya dan cuba menyaingi langkah kaki gadis itu yang semakin menjauh.

No comments:

Post a Comment