"Oh...."
Hanya itu yang dapat dilafazkan
Najwa tatkala lelaki itu habis bercerita. Rupa-rupanya, lelaki itu telah
terkutip kad namanya yang dia sendiri telah tercicirkan tadi apabila hendak
menaiki tangga menuju ke aras 2 blok akademik itu. Dan, dia sebenarnya tidak
terperasankan lelaki itu yang berdiri di sebalik dinding tempat dia berdiri.
Kata lelaki itu, dia malu untuk menegur. Takut tersalah orang. Rasa geram mula
menyelinap masuk ke dalam hati Najwa. Disebabkan rasa 'takut' dan 'segan' lelaki
itu, tidak pasal-pasal Najwa shooting filem seram kat situ tadi.
Dan disebabkan rasa takut yang
teramat sangat, dia tidak sempat untuk berfikir secara logik bahawa lelaki itu
bukan tidak berkepala, tetapi lelaki itu berdiri setinggi 2 kaki dari dirinya.
Wow, lelaki itu sangat tinggi! Setinggi 6 kaki. Dan, dia memang tidak sempat
untuk mendongak melihat betapa tingginya lelaki itu akibat rasa takut yang
menjalar di dalam tubuhnya.
"So, boleh awak tunjukkan
saya jalan nak pergi bayar semua yuran ni? Saya kan freshie kat sini."
Siapa kata? Najwa terasa dialah
freshie apabila dia rasa takut yang teramat terhadap sekolahnya yang dah empat
tahun dia kenal itu. Ini semua ayah punya pasal. Siapa suruh ceritakan semua
kisah-kisah mistik di MRSM Batu Pahat ini? Tak pasal-pasal dia buat malu kat
situ tadi. Habis jatuh keayuannya di hadapan lelaki itu.
"Boleh, janji awak tak
ceritakan apa-apa yang berlaku tadi kat orang lain. It's only between me and
you. Got it?"
"Haha, yes ma'am!"
Tangan lelaki itu diangkat tanda
tabik hormat kepada Najwa. Najwa tersenyum. Lelaki itu dan dia akhirnya
berjalan ke arah kelas 4 Begonia untuk melunaskan bayaran yuran awal
persekolahan.
No comments:
Post a Comment