Sunday, 17 January 2016

Bab 3 - Sentiasa Ada

Bab 3
                                                                                               

                "Siapa mamat tu?"
                "Mamat mana?"
                "Ala, tu..."

                Najwa menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh muncung Atia. Panjang betul muncung tu. Macam penyangkut baju. Eh, awak! Apa yang awak buat kat situ? Dari jauh kelihatan lelaki itu sedang berdiri, bersandar di dinding seperti sedang menunggu seseorang. Seperti terasa ada orang yang memerhati dirinya, lelaki itu terus memandang ke arah Najwa dan mata mereka bersabung. Najwa tersenyum.

                "Ikmal."

                Najwa mengangkat punggung daripada duduknya dan bergerak ke arah lelaki itu. Ikmal tersenyum ke arah Najwa yang sedang menuju ke arahnya. Wajahnya kelihatan sangat ceria. Najwa sempat mengerutkan dahinya melihat ekspresi wajah lelaki itu.

                "Kenapa dahi  tu berkerut,hmm?"

                Najwa terus memegang dahinya. Nampak sangat ke aku mengerutkan dahi tadi? Hatinya berkata-kata. Namun, Najwa tidak terus menjawab pertanyaan lelaki itu. Dia inginkan penjelasan yang ringkas dan padat daripada lelaki itu.

                "Awak tak nak balik ke? Dah pukul 2 ni."

                Najwa menepuk dahinya. Kerana terlalu asyik menyiapkan kerja kursus yang tertangguh, dia tidak terperasankan masa telah terlalu jauh meninggalkan dirinya. Tapi, sekejap. Apa kena-mengena dia balik atau tidak dengan lelaki itu? Najwa musykil. Dia memandang lelaki itu pelik.

                "Janganlah pandang saya macam tu. Saya ni nak ajak awak balik sama saya lah."    


No comments:

Post a Comment