Sunday, 17 January 2016

Bab 8 - Irfan

Bab 8

                Angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa tubuh Najwa menyebabkan dia terjerit kecil. Sengaja sebenarnya, melepaskan rasa tidak menentu yang hadir di dalam sanubarinya. Sejak akhir-akhir ini, wajah Ikmal akan menyapanya walau di mana sekalipun. Dan, waktu cuti sekolah macam ni pun lelaki itu masih ada dalam bayangannya. Seperti tidak mahu berpisah daripada dirinya. Apa yang paling dia benci ialah apabila wajah itu hadir tatkala dia ingin mandi ataupun melepaskan hajat. Dia terasa tidak selesa kerana merasakan lelaki itu ada bersamanya walaupun di kawasan-kawasan larangan seperti itu. Ikmal yang tersenyum, Ikmal yang tertawa, Ikmal yang....

                "Argghhhh!!!"

                Najwa menjerit lagi. Lebih nyaring daripada tadi. Tiba-tiba, ada satu tangan yang menepuk bahunya dari arah belakang. Najwa berpaling. Wajah yang menyapa ruangan mata ditenung sambil dia menghadiahkan seulas senyuman ikhlas yang datang daripada hati.

                Irfan memandang wajah adiknya yang seorang itu dengan kerutan di dahi. Akalnya cuba mencerna sesuatu. Apa pasal budak kecil ni menjerit tadi? Dah lah suara jeritan tu tak tinggi mana pun. Lembu Pak Atan kat depan tu pun elok je meragut rumput dengan selambanya. Apa hallah dengan budak ni?

                "Kenapa tenung Najwa macam itu?"

                Aik?! Skema siot soalan adik aku yang seorang ni. Apa pasallah? Eh, macam dah tiga kali je tanya soalan yang sama. Irfan sempat mengira bilangan soalan itu yang telah beberapa kali hadir di dalam benaknya. Dia melihat lagi gelagat adiknya. Kejap-kejap, memukul air di dalam kali. Lepas itu, menggunakan kayu yang sama, menebas rumput kat tepi kali tu. Hai, macam tak ada kerja sekolah yang patut disiapkan je. Buat amal pula tu..

                "Kenapa dengan awak tu? Macam mati laki aje..."

                Tersedak Najwa apabila mendengar soalan yang keluar daripada mulut abangnya itu. Tangannya turut terhenti daripada menebas rumput-rumput panjang di sekelilingnya. Ni kalau ada ular yang menyusur ni sah maut aku, getus hatinya. Mati laki? Ye ke? Kalau macam tu, Ikmal tu laki aku agaknya? Eh, apa yang aku merepek ni?


                Melihatkan Najwa yang diam macam patung cendana tu, Irfan mula membuat spekulasi sendiri. Gagal exam ke budak ni? Gaduh dengan kawan ke? Ke...ke?? Takkanlah...

No comments:

Post a Comment