Bab 5
.
Najwa baru ingin melangkah ke bangunan
asramanya apabila terdengar ada suara yang berteriak memanggilnya. Hai, siapa
pula yang buat test vokal tu lantang ke tidak guna nama aku ni?! Dia menoleh ke
belakang. Terkedu dia seketika. Ada tiga orang perempuan dengan muka yang tak
berapa nak baik tu sedang bergerak laju ke arahnya. Apahal pulak ni? Dia
bertanya kepada dirinya. Aku ada buat salah ke?
"Wa, kirimkan salam aku kat
Ikmal, boleh? Kau kawan baik dia kan?"
Huh! Ingat apalah tadi. Najwa
cuba memaniskan romannya yang memang ketara terkejut beruk tadi. Diaorang tadi
datang kat aku macam nak telan aku. Memanglah gerun juga hati ini. Macam nak bermadah pula aku ni. Najwa ketawa geli
hati di dalam hatinya.
"Boleh je. Nanti aku
beritahu dia. Ain seorang je ke, ke korang bertiga sekali ni?"
Eh, sedapnya mulut ni bercakap.
Suka-suka saja menawarkan khidmat pesanan ringkas yang percuma ni. Macam dah
tak ada kerja lain je kau ni, Najwa. Suara hatinya berkata-kata. Itulah,
senangnya berkata-kata. Kan ada pepatah yang berbunyi begini, kerana mulut
badan binasa. Macam dah tak sayang body je, Najwa?
"Emm, bolehlah. Aku pun
kirim salam juga. Kau ingat tau sebut nama aku, Syud. Ingat tau!"
"Aku nak juga. Aku sekali
Wa, Alia. Alia tau, Alia!"
"Wei, korang ni. Aku
seorang je dah lah. Takkan korang nak sapu juga? Mana aci macam ni!"
Najwa tersenyum simpul. Ada-ada
sahaja budak perempuan bertiga ini. Setelah pasti mereka bertiga sudah tiada
apa-apa lagi untuk dibualkan atau disampaikan kepadanya, Najwa berpaling ke
hadapan semula. Dia ingin melangkah pantas ke bangunan asramanya. Takut
tertinggal bacaan Manzil yang memang menjadi rutin seharian pelajar puteri di
MRSM Batu Pahat. Hari ini aku yang conduct Manzil tu dengan Ila. Kan tak
pasal-pasal Ila tu maki hamun aku dengan mulut dia yang pedas berapi tu. Tak
sanggup aku nak dengar, getus hatinya. Terbayang-bayang wajah roomatenya yang
terkenal garang itu. Seram...
No comments:
Post a Comment